Sunday, January 10, 2010

Nik Aziz nasihat hormati hak kebebasan agama lain

SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar mana-mana individu yang terbabit dalam insiden membakar tiga gereja di Lembah Klang kelmarin kerana tindakan itu hanya akan menyemarakkan perasaan sensitif di kalangan kaum dan penganut agama lain.:

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perbuatan seperti itu tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan kebebasan beragama.

“Dulu perarakan kepala lembu, tetapi nasib baik kaum Hindu tidak mengamuk. Kali ini bakar gereja pula. (Apakah) mereka yang melakukan kerja ini tidak terasa yang mereka telah melukakan hati saudara rakyat senegara? Ini adalah masalah paling besar yang berlaku hari ini,” katanya
>>>Baca seterusnya >>i>>>


No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.