Thursday, January 7, 2010

KATA-KATA HIKMAH - ULAMA' BISU

بسم الله الرحمن الرحيم


Kata-Kata Imam Al-Ghazali

* Rosaknya rakyat kerana pemimpin.
* Rosaknya pemimpin kerana ulama'.
* Rosaknya ulama' kerana harta ( kemewahan dunia )


Ulama' yang diam dan senyap tidak mahu menyatakan kebenaran tentang agama kepada pemimpin dan rakyat adalah syaitan bisu. Rakyat pula akan berada di bawah agama pemimpinnya. Sekiranya pemimpin seorang yang beriman maka rakyatnya turut beriman. Sekiranya seorang pemimpin itu sukakan hiburan dan perkara maksiat maka dengan sendiri rakyatnya akan sukakan maksiat. Berhati-hatilah memilih pemimpin kerana anda akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti atas apa yang pemimpin anda lakukan termasuk menganjurkan program maksiat, menentang undang-undang Allah dan menghina sunnah nabi serta menghina ulama.


Lima perkara yang dipandang sahaja pun mendapat pahala:



Memandang ayat-ayat al-Quran.
* Memandang wajah ulama'.
* Memandang kaabah
Memandang air zam-zam.


Tiga Golongan Yang Akan Memberi Syafaat Kepada Kita Di Akhirat Nanti:


* Para Nabi.
* Para Syuhada' ( orang yang mati syahid )
* Para Ulama' ( Masyarakat hari ini membenci ulama' dan mengasihi ahli maksiat )


Allah tidak menghancurkan alam ini kerana kasihkan golongan berikut:


* Golongan Ulama'.
* Golongan orang tua.
* Golongan budak kecil.


By Saidi

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam akhi,

    amat memalukan dan ternyata dunia akhir zaman menonjolkan perlbagai jenis ulama yang menyampaikan agama demi kepentingan dunia, semoga umat Islam tidak terpedaya dengan kelakuan ulama2 su'(jahat) ini.

    ReplyDelete
  3. Itulah Ulama Suk yakni Syaitan bisu dikalangan UMNO......

    ReplyDelete
  4. xboleh komen lg xsempat habis baca,nk g makan ,solat n mandi.mgkin pastu boleh sambung bc balik.

    ReplyDelete
  5. * Rosaknya rakyat kerana pemimpin.
    * Rosaknya pemimpin kerana ulama'.
    * Rosaknya ulama' kerana harta ( kemewahan dunia )

    benar belaka kata-kata itu.
    dan sekarang semuanya sudah berlaku di depan mata kita.
    Sad but True..

    ReplyDelete
  6. Moga di jauhkan kita semua dari ulama' yang sedemikian rupa.
    Bila duit yang di utamakan.Segala ilmu di ketepikan..Wal iya zubillah

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.