Sunday, January 31, 2010

Jangan Biarkan UMNO terus zalami rakyat


LARUT, 31 Jan: Umno Barisan Nasional tidak boleh dibiarkan untuk terus memerintah ekoran telalu banyak penganiayaan dan kezaliman dilakukan kepada rakyat di negara ini.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, selain mengainaya rakyat, Umno juga tidak boleh diharap untuk menjaga hal berkaitan agama Islam itu sendiri.

"Umno sekat bantuan ke negeri Kelantan sebab Kelantan diperintah pembangkang, Umno khianati orang miskin khususnya dalam Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Umno sebenarnya khianat tanah orang Melayu di Perak dan menuduh Pakatan yang khianat.

" Umno tidak boleh agama, kita tengok apa yang mereka sudah lakukan terhadap agama Islam sekarang," katanya sewaktu berucap merasmikan program Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) 2010 di Darul Ta'lim, Selama, di sini.

Selain itu dakwanya, kerajaan Umno juga bersikap 'double standard' dalam melaksanakan undang-undang dengan mensasarkan pembangkang dan mereka yang menentang dasar mereka.

"Undang-undang 'double standard', dikenakan kepada pemimpin pembangkang dan orang yang membangkang mereka," katanya lagi.

Menyentuh keputusan mahkamah berhubung kes Menteri Besar Perak yang bakal diketahui 9 Februari ini beliau berkata, PAS dan pakatan rakyat akan menerima sebarang keputusan asalkan ianya dibuat secara adil.

"Kalau kita menang, kita akan buat cara menang, kalau kalah kita buat cara kalah sebab kita dah memang biasa kalah.

"Tapi biarlah kalah dalam bentuk yang adil dan boleh diterima oleh fitrah manusia," katanya lagi.

Baca seterusnya


5 comments:

  1. Wah... 10000 orang wow! tapi nampak sikit aja. Dah tak laku ke ? PAS UMNO sama aja.

    ReplyDelete
  2. Salam Ayid,
    Syabas la barisan pemuda kita..Inilah kelebihan pemuda kita berbanding pemuda puak sana.
    Jauh mana pun program tetap sampai.Tiada upah.Tiada nasi bungkus.Tiada T-shirt free.Tiada poket money.Semuanya sendiri tanggung.

    ReplyDelete
  3. shbt man.. pas lain dia memperjuangkan islam dan keadilan..umno dia memperjuangkan rasuah, maksiat, makan duit rakyat(royalti), dll..

    ReplyDelete
  4. setuju benar dengan kak leha2..pemuda kita tidak mengharapkan apa2 dari pemimpin..inilah kelebihan pemuda kita berbnding pemuda umno..kalau pemuda umno jauh sekali nk pergi program mcm ni jika tidak dibagi wang, makanan, transport dll..

    apapun syabas kpd pemuda kita yg dtng tidak kira jauh atau dkat, semata-mata ingin berkumpul bersama, walaupn tidak dibgi wang,dan sebagainya. Yg penting semangat perjuangan dikalangan pemuda kita..pada pilihanraya akan dtg kita akan saksikan seluruh pemuda di Malaysia akan tolak UMNO..

    ReplyDelete
  5. Syukran kepada semua memberi komen yang bersemanagat. Cuma kita harap pada 9 hb ini kembalikan hak kita anak perak semula. Tadbir

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.