Friday, January 15, 2010

Dailog Islam dan Kristian telah berjalan

Mohd Sabri Said

GELUGOR, Pulau Pinang, 14 Jan: Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengadakan dialog antara Islam dan Kristian selepas PAS melakukan pendekatan berdialog dan penerangan kepada bukan Islam dalam isu 'kalimah Allah' demi menjaga keharmonian negara.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof berjaya membuka lembaran baru buat PAS terutamanya di tahun baru 2010 yang menyaksikan berbagai peristiwa hitam terjadi pada negara.

Dr Mujahid telah pergi secara rombongan bersama aktivis parti dari Parit Buntar, Perak serta Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Takiqudin Hamzah, Rosidi Husain, Yang Dipertua PAS Tanjung, Yacoob Omar, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Yusoff Mohd Noor dan Setiausaha PAS Jelutong, Nasir Ismail.


(Gambar: Mujahid menyertai dialog dengan penganut Kristian)

Mereka disambut dan diberikan penghormatan kerana sudi hadir untuk memperjelaskan isu yang menjadi topik hangat ketika ini.(Berita selanjutnya di sini>>




3 comments:

  1. Salam. Tindakan proaktif seperti ini amat dialu-alukan. Ustaz Mujahid selalu mendahului dalam hal yang sebegini...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ..di sini lah titik tolak dari segi cara islam yg lebih kpd secara bertoleransi dikala gereja byk terbakar ..pas menunjukkan cara bermesyuarah ataupun berdailog ini satu cara mnunjukkan islam ada kaedah yg baik utk selesaikan masalah..ader perkara kita perlu keras..dan ader kala kita perlu lembut ..

    ReplyDelete
  3. syukur alhamdulillah..beginilah cara kita menyelesaikan sesuatu perkara. kita semua tidak lari dari melakukan kesalahan. tapi kesalahan itu harus diperbetulkan dengan segera. dengan adanya dialog seperti ini, mengambarkan islam itu adil bagi semua kaum. dengan ini isu kalimah Allah tidak akan timbul lagi..

    "Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil." (Al-Mumtahanah : 8)

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.