Monday, December 21, 2009

(MPKB - BRI ) KOMPAUN RM 500 DEDAH AURAT - 1 DALAM MALAYSIA

1 ISLAM – DUNIA DI DAHULUKAN – AKHIRAT DI UTAMAKAN


ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang
tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu malam kelmarin.

KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Ayid: Tahniah kepada (MPKB-BRI)ini yang dikatakan Bandaraya Islam. Mungkin selepas ini ada negeri yang akan mengikut jejak langkah Kelantan. Atau Bandar Raya lain, walaupun tak bergelar Bandaraya Islam. Lama-lama nanti banyak yang tutup aurat.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.

Sumber:

3 comments:

  1. Salam..
    Waktu dengar brita ni di TV pg tadi..ana bersyukur sangat sangat..memang patut sangat tindakan dibuat.
    Mereka guna ayat 'tak ada paksaan dalam agama' tapi mereka tak faham apa maksudnya..
    Peraturan ke sekolah..ke pejabat dipatuhi tapi peraturan Allah pandang remeh..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kerana itu menunjukkan kerajaan Kelantan menyanyangi rakyatnya dan berusaha mengelakkan dari rakyat terus berdosa....

    Suami Najib bila nak tutup kepala dia...?

    ReplyDelete
  3. Syukran Uminas,

    TV mengatakan tak ada paksaan dalam agama itu lah yang meneyebabkan banyak keruntuhan akhlak sekarang. Mereka tidak merujuk kepada ayat allah, yang mana Allah berfirman dalam surah:

    (Surah Al-Ahzab : 59)

    mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.”)

    (Surah Al-Ahzab : 59)

    Syukran juga buat Ayiem

    Itu yang kita harapkan moga banyak lagi pemerintah negeri Pakatan atau tidak pakatan mengikut langkah kerajaan kelantan. Mereka akan di persoalkan nanti di akhirat.

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.