Sunday, December 6, 2009

KB Mall pula runtuh





Sedang menerokai dunia internet, mencari bahan-bahan dan isu-isu terkini, terjumpa satu tajuk berita yang sedang hangat doiperkatakan di satu blog. "KB Mall runtuh" Begitulah tajuknya.

Selepas sedikit sebanyak membacanya, mencari sumber asal gambar tersebut, kesahihan berita tersebut hampir berakhir.Ingatkan ia benar-benar runtuh,seperti runtuhnya Stadium di Terengganu baru-baru ini.

Rupa-rupanya, KB Mall tidaklah runtuh seperti yang disangka. Entah macam mana boleh berlaku, menurut sumber yang dibaca, sebuah kereta di tempat parking KB Mall undur kebelakang (reverse) sehingga terlanggar dinding KB Mall tersebut sehingga menyebabkan kereta itu jatuh kedalam kawasan pusat beli belah KB Mall betul-betul diantara dua tangga bergerak. Kemalangan tersebut berlaku dalam lingkungan jam 5 petang.
Menurut cerita yang dibaca, seorang telah meninggal dan 3 orang cedera di dalam insiden yang berlaku itu.

Yang menjadi tandanya, adakah perbuatan ini sengaja dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dan mempunyai motif untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan dan Kepimpinan Ulama' seterusnya menutup isu-isu negara Malaysia yang sedang berlaku. WallahhuA'lam

Budak Pantai Timor

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.