Wednesday, November 25, 2009

UMNO MULA RISAU - MUHYIDDIN MINTA TENGKU RAZALEIGH FIKIR KETUAI KAUKOS


SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT




KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddn Yassin pada Rabu meminta Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah meneliti semasak-masaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh pakatan pembangkang bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan
.

Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa pada dasarnya Barisan Nasional tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

"Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya "Jadi, kalau atas dasar yang biasa, biasanya kita tidak fikir sesuai tetapi saya percaya Tengku Razaleigh faham tentang itu dan kita serah kepada kebijaksanaan beliau untuk teliti sebelum buat keputusan muktamad.

Saya fikir beliau orang lama dalam parti, dia tahulah keputusan apa yang dia nak buat," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh pada Selasa yang menafikan dakwaan Anwar bahawa beliau telah bersetuju mengetuai kaukus petroleum itu tetapi masih menimbangkannya.

Mengenai krisis dalaman MCA, Muhyiddin berkata beliau tidak akan memberikan sebarang kenyataan kepada media sebelum mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, beliau berkata inisiatif bagi menyelesaikan krisis yang dihadapi parti komponen BN itu berjalan setiap hari.

Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi yang melarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat, beliau berkata ia akan dibincangkan oleh kabinet apabila Perdana Menteri pulang dari luar negara.

"Saya tak mahu nak komen lagi walapun ada pihak yang mempunyai pandangan yang pro dan kontra kerana ini ada hubung kait dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Jadi, kita tidak mahu dilihat sebagai tidak menghormati mahkamah," katanya.

Muhyiddin juga berkata beliau tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh ahli akademik Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim bahawa sekolah Cina banyak melahirkan pelajar "copy cat".

"Saya tak tau apa makna pelajar copy cat...saya fikir di sekolah Cina banyak pelajar cemerlang juga. Saya tak faham apa yang dimaksudkan. Biar Prof Khoo Kay Kim yang jelaskan," katanya. BERNAMA


Ayid: Apa yang risau sangat Pak Din Koboi tu. Jalan mudah ada bayar aje royalti kat kelantan tentu perkara selesai


1 comment:

  1. 1Malaysia 0Teluq....adakah mereka menghormati keputusan Mahkamah?..yang kununnya bimbang tak menghormati keputusan mahkamah.

    Mengapa keputusan mahkamah tinggi menghalang daripada anjing SPRM tu menjalankan siasatan hanya setakat 5.30 ptg perlu dimesyuaratka oleh umno keparat tu.....Adakah ini menghormati keputusan mahkamah..

    Sebenarnya mereka akan menghormati mahkamah bilak pihak PR yang terkena tapi bila umno bajingan tu terkena lihatlah mereka macam orang gila lagaknya....

    Benci sungguh dengan pemimpin umno sekarang ni....

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.