Wednesday, November 4, 2009

MCA BERGOLAK LAGI. BARU 19 HARI PEGANG JAWATAN DAH KANTOI


Liow memegang jawatan timbalan presiden selama 19 hari Berikutan perkembangan terbaru itu, maka usaha terkini untuk menyelesaikan krisis MCA melalui pelan damai, mungkin sekali lagi berdepan dengan jalan buntu

Kini parti komponen UBN dalam delima menghadapi krisis dalam yang sampai ketahap waktu puncak. Walaupun cuba diselaikan dengan campur tangan Hisamuddin yang mengatakan ROS tidak perlu campur tangan dalam krisis dalaman MCA ini, namun tak sampai seminggu, ROS telah membuat keputusan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendapat semula jawatannya sebagai timbalan presiden MCA selepas digugurkan susulan dipecat daripada parti kira-kira dua bulan lalu.

Bahkan, beliau berkata, RoS tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal kerabat Barisan Nasional (BN) itu.

Namun, hari ini RoS memutuskan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek adalah timbalan presiden MCA yang sah.

Ayid>>> apa sudah jadi ma, baru 19 hari sudah jatuh balek. Ini boleh masuk book of record mana ada peminpim dalam Malaysia pegang jawatan 19 hari. UMNO kata PAS bergolak dia orang sendiri dalam komponen tatak buka mata ka. Selamat bermasalah UBN

2 comments:

  1. Media sembunyi isu sebenar,MCA, PPP, Gerakan, MIC dan Umno lebih bermasalah.

    Media pengampu BN terus membongkar dan memfitnah PR dengan pelbagai isu bagi menjatuhkan imej PR supaya persepsi rakyat kepada PR merudum.

    Namun hakikat sebenar sekarang ialah parti-parti komponen BN yang sebenarnya menghadapi masalah dalaman kronik. Antaranya MCA, PPP, Gerakan, MIC dan Umno sendiri.

    Semalam Perdana Menteri, Najib Razak yang juga pengerusi BN sendiri mengakui bahawa BN sedang berhadapan masalah besar.

    Ketika menyampaikan ucapan pada persidangan perwakilan nasional Gerakan di Cheras, Kuala Lumpur semalam, Najib Razak meminta parti komponen BN yang sedang bergelut dengan masalah dalaman, dapat menyelesaikannya dengan segera bagi menguatkan lagi gabungan itu.

    "Kalau ada masalah dalaman, cepat-cepatlah selesaikan. Tunggu apa lagi? Selesaikan masalah, kuatkan BN. Pastikan kita ada landasan, halatuju dan prinsip yang jelas" katanya.

    Jadi benarlah bahawa bukan PAS sebenarnya yang berhadapan dengan kemelut dalaman tetapi BN yang sedang berkecamuk dan berganyang sesama sendiri.

    Malah sehari dua ini pimpinan Umno pula mendesakkan Presiden Gerakan, Koh Tsu Kon letak jawatan dari kabinet kerana dikatakan Tsu Kon gagal menjalankan tugasnya dengan berkesan.

    Dakwaan dan desakan ini menimbulkan kemarahan Gerakan sehingga mereka berdemo membantah desakan tersebut.

    ReplyDelete
  2. Salam Naim, Tahniah komen yang bernas, leihat ucapan PJ kita RAKYAT LEBIH ISLAM DI BAWAH PEMERINTAHAN (PR). Manthop msg yang di sampaikan beliau

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.