Friday, November 20, 2009

MAHKAMAH TIDAK BERHAK PUTUSKAN KEDUDUKAN DUN KOTA SEPUTEH - V.SIVAKUMAR


KUALA LUMPUR, 19 Nov: Speaker Dun Perak V. Sivakumar semalam menegaskan bahawa kedudukan kerusi Dun Kota Seputeh sama ada kosong atau sebaliknya mesti diputuskan oleh Speaker Dun sendiri.



"Apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri mesti diselesaikan dewan (Undangan Negeri), tidak perlu pada keputusan Mahkamah."

Ujar Sivakumar, tindakan Speaker Dun Kedah Datuk Dr. Abdul Isa Ismail mengumumkan kekosongan Dun tersebut berdasarkan Surat Kekosongan Dun yang diterimanya sebelum ini, adalah muktamad.

"Keputusan Speaker (DUN) Kedah adalah muktamad, tidak perlu dan tidak boleh dibawa ke Mahkamah."

Tambahnya lagi, Speaker Dun hanya diminta memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) badap pelaksana itu boleh mengadakan suatu pilihanraya kecil dalam masa 60 hari.Beliau juga mencabar BN menunjukkan klausa undang-undang yang membenarkan SPR atau Mahkamah sendiri berhak mendahului keputusan Speaker Dun.

"Nampak jelas dia (SPR) dan BN tak boleh campur tangan, sila tunjuk kepada saya di mana kuasa atau di mana autoriti Mahkamah hingga boleh memutuskan kekosongan (Dun Seputeh) itu."

Dakwanya lagi, BN cuba menghalang pilihanraya kecil Dun tersebut dari berlaku.

"BN yang minta jangan kosongkan kerusi itu (Dun Kota Seputeh)."

Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan sam ada menerima rayuan BN agar pilihanraya kecil tidak berlaku di Dun Seputeh esok.

Bagi BN, Datuk Abu Hassan Sarif masih layak bergelar Adun Seputeh walaupun sekian lama tidak menghadiri sidang Dun.

Bagi mereka, alasan kesihatan yang diberikan Abu Hassan sudah memadai untuk menghalang keputusan Speaker Kedah tersebut.

Sekiranya Mahkamah menerima rayuan tersebut, ianya menjadi satu lagi titik gelita dalam istitusi kehakiman negara, setelah Mahkamah sebelum ini mencampuri beberapa urusan autonomi dalam Dun Perak.

Sumber(Sini)

3 comments:

  1. Asalamualaikum ayid,Betul kata Sivakumar tu.
    Pada saya kalau mahkamah boleh campur tangan dlm urusan Dewan undangan negeri maka tidak mustahil tragedi Perak kedua,ketiga dan keempat.

    Ia sesuatu yang sangat bahaya kpd sistem demokrasi.
    Jika mahkamah boleh membatalkan keputusan yg di buat speker apa guna kita mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan.

    ReplyDelete
  2. Tidak mustahil tragedi di perak akan berulang.

    ReplyDelete
  3. UMNO BN tidak akan berhenti dengan niatnya pemporak perandankan kesepakatan Pakatan Rakyat.

    Gerombolan2 lanun ini tidak akan peduli apa pandangan rakyat kepada mereka.

    Mahkamah, Media, SPR, SPRM, Polis, Tentera, Guru, Kakitangan Awam, Jabatan2 Kerajaan, apalagi yang tidak terkecuali? Semua diperkuda, dikongkong, dan dimanipulasi semahu-mahunya demi mencapai niat jahat mereka.

    ....kempen kibar "jalur memali" selama 3 hari.

    http://purnamadariselatan.blogspot.com/

    http:penaminda.blogspot.com/

    wslm

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.