Thursday, November 26, 2009

SIAPA YANG BOHONG - ISU ROYALTI MINYAK

>
KUALA TERENGGANU - Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat, Lim Kit Siang telah mempersoalkan, siapakah antara dua yang berbohong tentang hak mendapat bayaran wang royalti petroleum, adakah ayah atau anak?

Beliau berkata demikian di Parlimen baru-baru ini ketika membahaskan Bajet 2010 pada peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.

Katanya pada 3 November lalu, ketika sesi menjawab soalan, Dato’ Seri Najib Razak berkata kepada Parlimen bahawa daripada aspek undang-undang, Kelantan dan Terengganu tidak berhak atas royalti minyak kerana pengeluaran minyak dilakukan di luar pantai kedua-dua negeri itu.

"Operasi pengeluaran dalam perairan mereka (Terengganu dan Kelantan) di definasikan sebagai kawasan tidak lebih tiga batu nautika yang diukur mulai dari tanda air rendah atau garis pantai negeri "ketika ini, tidak ada pengeluaran minyak di perairan Kelantan ataupun Terengganu. Oleh itu, dari sudut undang-undang, Kelantan tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti minyak, sama seperti Terengganu ,"kata Najib.>/END

Article Penuh disini
Sumber(sini)

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.