Wednesday, November 25, 2009

DATUK MAHFUZ SIFATKAN – MUHYIDIN AMAL POLITIK PRIIMITIF

SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT




UALA LUMPUR, 23 Nov: Tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Tengku Razaliegh Hamzah berfikir dahulu menyertai Kaukus khas parlimen berhubung royalti petroleum disifatkan sebagai primitif dan masih megamalkan politik zaman batu. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas perkara itu berkata, sikap Muhyidin tidak memperlihatkan mahu memperjuang hak dan kepentingan rakyat sebaliknya masih terikat dengan stigma sempit kepartian.

"Muhyidin ini bagi saya seorang TPM primitif yang amalkan politik zaman batu, di mana tidak boleh menerima pandangan orang lain untuk kepentingan rakyat dan negara," jelasnya.

Muhyidin hari ini membuat gesaan kepada Ku Li, iaitu Ahli Parlimen BN Gua Musang supaya berfikir dan menjaga kepentingan parti sebelum menyertai kaukus tajaan pakatan rakyat itu.

Gesaan itu dibuat setelah Ketua Pembangkang semalam mengumumkan Ku Li bersedia untuk bersama dalam kaukus tersebut.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS menasihatkan Muhyiddin agar meninggalkan amalan politik secara primitif itu.

"Dia (Muhyiddin) patut tinggallah politik primitif itu sebab negara sekarang sedang menuju pada suatu yang disebut politik baru, berasaskan maklumat, keadilan perlembagaan serta meletakkan kepentingan rakyat adalah segala-galanya."

Ujar Mahfuz lagi, tindakan Muhyiddin itu menggambarkan bahawa beliau lebih pentingkan Umno dari rakyat.

"Kalau Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia yang pentingkan rakyat, dia takkan halang Kuli...inilah wajah sebenar Muhyidiin (iaitu) lebih penting parti dari rakyat," jelasnya.

Beliau juga menganggap Muhyiddin cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beberapa hari lalu, Ku Li dicadangkan mengetuai Kaukus Parlimen demi menyiasat keputusan kerajaan untuk memberi 'wang ehsan' hasil Royalti Minyak kepada rakyat Kelantan, tanpa melalui Kerajaan Negeri.

Cadangan tersebut setelah Ahli Parlimen Pembangkan kecewa dengan keputusan kerajaan Persekutuan menafikan hak rakyat Kelantan untuk menikmati royalti minyak di negeri mereka.

Kedudukannya sebagai bekas Menteri Kewangan era 1970an dan pernah mengikuti siri perjanjian persefahaman (MoU) Akta Pembangunan Petronas meletakkan beliau layak memimpin badan bebas di bawah kuasa Parlimen.
Baca selanjutnya

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.