Tuesday, November 17, 2009

ADUN KOTA SEPUTEH PONTENGLAH BUAT SELAMA-LAMANYA



Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi kawasan Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.


Dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, ADUN Kota Siputeh boleh lah ponteng buat selama-lamanya bagi menghadiri sidang DUN negeri Kedah.. Tahniah kita ucapkan kepada Speaker DUN kedah


"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada 5.30 petang
.

4 comments:

  1. Salam Ayid,

    Ini bermakna rakyat di Kota Siputeh akan dibodohkan selama-lamanya jugak ke ?

    ReplyDelete
  2. muhyiddin pasti tergamam dgar berita nie..dulu dia bkan main act lagi arahkan Datuk Abu Hassan Sarif msk sidang dun jugak .kemungkinan besar BN akan buat rayuan ..mcm kes perak aritu ..kita tunggu ape cite seterusnya..( sedap dorian mike tadi..mudah-mudahan ukhwah kita berterusan ..dan tak lupa terima kasih atas tajaan vvip tadi eerk kenyang benor teman )

    ReplyDelete
  3. Salam Ayid,
    Kali ni bukan burung ja yang tak dak kepala sekali dengan kepala dia hilang..

    Bodoh tak boleh diajar.cerdik tak boleh ditumpang..Semoga dapat hidayah dari Allah

    ReplyDelete
  4. Harap-harap jangan jadi mcm kat Perak dah ler. Hakim-hakim @ beruk kat mahkamah tu makan gaji ngan BN.

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.