Thursday, October 15, 2009

WANITA UMNO MAHU TEGAKKAN ENAKMEN ISLAM LEBIH SERIUS






Wanita Umno hari ini menuntut enakmen Islam dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan serius kerana banyak pelaksanaan sedia ada memberi kesan yang negatif pada wanita.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, kesan negatif itu timbul apabila sesuatu hukuman yang dikeluarkan mahkamah syariah tidak berjaya dijalankan.

Berucap di persidangan tahunan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini, Shahrizat berkata, pengendalian beberapa kes penceraian, tuntutan nafkah penjagaan anak masih banyak yang tertangguh dalam tempoh lama.

Tambahnya, Wanita Umno mendapati kes syariah terutama bilangan kes mal yang melibatkan keluarga, masih merekodkan jumlah prosiding yang tinggi, dan ini menunjukkan wujud masalah dalam pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.

Fenomena ini dapat dilihat dengan kes mal yang masih tertunggak di Mahkamah Syariah - dari 2005 hingga 2008 - sebanyak 41 peratus atau 5,350 kes daripada 12,839 kes tuntutan fasakh masih tertunggak. Nak tegak islam macamana, baru kena hukum sebat dan kecoh satu malaya, yang kena sebat tak kecoh orang lain pula yang kecoh.

Ayid>> > Berpakaianlah mengiktu kehendak islam baru kita boleh bercerita fasal islam. Berapa peratus wanita UMNO yang menutup aurat mengikut cara islam.

1 comment:

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.