Friday, October 9, 2009

UMNO MULA HILANG HUJAH DAN KINI MULA HILANG AKAL PULA

Khemah program untuk Pakatan sedang dibuka oleh pemuda Umno.




Ghairah sungguh pemuda Umno meroboh kan khemah untuk program Pakatan.


Setelah umno dan bn semakin kalut untuk meraih minat pengundi di Bagan Pinang walaupun mereka berbekalkan segala jentera kerajaan dan media utama apatah lagi SPR yang terang lagi nyata menyebelahi mereka, kewarasan telah dihumbankan ke laut Port Dickson apabila mereka mula menggunakan taktik yang paling kotor didalam sesebuah pilihanraya, iaitu KEKERASAN.

Ya, kekerasan yang melampau adalah jalan terakhir mereka untuk terus berkuasa walaupun sokongan rakyat semakin terlerai kini.

Semalam, mereka merobohkan khemah-khemah untuk program Pakatan Rakyat dengan ugutan dan kata.

Tak cukup dengan itu pada sebelah malam UMNo bertidak lagi dengan kekerasan menyerang pertugas PAS dengan begitu rakus sekali. Kita lihat kecederaan yang di alami oleh Pertugas PAS dengan berlumuran darah.




Sebelum ini kita di gembar gemburkan oleh media UMNO mengatakan ahli PAS menumbuk pelakon mereka(Mamu) cendol hingga mengakibatkan tekanan darah tinggi naik dan pening-pening serta muntah-muntah (Macam orang mengandung) angkuh mereka mengatakn PAS dah hilang akal terpaksa menggunakan kekerasan.

Bila kekerasan digunakan untuk membelasah ahli PAS dengan linangan darah, mereka senyap membuta dan membisu. Nyata disini UMNO dah hilang Isu dan hilang Hujah boleh dikatakan langsung tak berakal

1 comment:

  1. HARI INI DALAM SEJARAH : Jadual Anwar BERSUMPAH LAKNAT di Bagan Pinang
    hanya di http://ohpolitik.blogspot.com

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.