Wednesday, October 21, 2009

TUDUH PRESIDEN PAS PRO UMNO

PANDANGAN PRO DR AZIZ BARI DISANGGAH

Saya hormat beliau sebagai seorang yang hebat dalam bidang perundangan. Beliau yang hanya sebagai ahli akademik tidak sama dengan orang yang duduk di medan perjuangan. Melebelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat. Apa asas beliau mengatakan pimpinan PAS pro Umno (Sinar Harian 19/10/09).

Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang umno datang maka orang ini dianggap pro umno. Kalau itulah tuduhan yang tidak ada fakta yang kuat amat malanglah sebagai seorang ahli akademik. Perlu diingat PAS sebagai sebuah parti yang besar dan matang dalam sepak terajang politik, pernah berada di dalam Kerajaan persekutuan (BN) dan pernah hanya menang 1 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihanraya umum.

Sebagai parti yang dihormati oleh kawan dan lawan, parti yang ada prinsip, yang tidak pernah hanyut oleh suasana dan keadaan. Setiap perubahan yang hendak dibuat kita mengambil kira aspek hukum yang dipandukan kepada Al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias. PAS bukan parti yang ikut suasana dan peralatkan agama untuk kepentingan politik. PAS tidak pernah khianat kawan dalam apa keadaan sekalipun.


Prof Aziz boleh lihat tidak ada sejarah PAS meninggalkan kawan dalam apa-apa keadaan. Kalau Tuan Guru Haji Hadi Awang gila sangat dengan umno, kenapa beliau menolak awal-awal lagi pelawaan Dato’ Seri Abdullah Badwi membentuk kerajaan bersama Umno selepas PRU 2008. Kalau beliau gila sangat dunia beliau tidak korbankan ijazah sarjana (MA) di awal tahun 1970 an. Kalau beliau hendak dunia lebih baik beliau menjadi ahli akademik, sewaktu itu berapa orang sangat yang ada kelulusan MA di negara ini.(Baca seterusnya)

6 comments:

  1. Salam perjuangan

    Isy, sapelah yang bagi gelaran Prof kat dia ni ea? Patut bagi gelarn tu kat anak menakan ana lagi baguih. Gelaran dah tinggi dah.Fikiran cam budak berhingus lagi. Kalau kata Ayah Chik tu PRO Ameno buat apa lah dia di lantik jadi presiden PAS. Dan buat pa lah pulak dia tinggal di teratak buruk dia di pinggir Terengganu. dan buat apa la pulak dia dok pi mengajaq merata tempat dan bagi ceramah PAS. Baik dia tinggal je semua tu dan hidup mewah ja senang cita. Baru puas hati gitu. Pikiaq la sama sebelum nak cakap.Kata pakar politik. Ni...Melah la nak cakp lagi. Moga Allah balas semuanya...

    ReplyDelete
  2. saya penyokong pas tapi sampai sekarang saya pelik satu perkara..semasa orang sokong kita,kita akan sanjung dia.tetapi jika seseorang kritik kita kita akan hentam dia habisan sedangkan kritik itu adalah sesuatu yang baik dan kita akan baiki diri apabila di kritik

    ReplyDelete
  3. Salam , Bukan kerana kita ini takut dikritik sedangkan kita banyak kali dikritik dan ditegur oleh semua orang , mereka semua cuma mahukan Pas lebih baik dan gah dipersada. kalau dipikirkan tidak masuk akal kalau Prof. Aziz boleh menuduh sebegitu, mungkin apa yang dikatakan ada maksud lain jadi diharap semua siasat dulu dan tanya dia adakah apa yang dikatakan itu betul atau hanya membuat andaian dan kita jangan cepat sangat melenting dan bagi ana apa yang ditegur untuk membawa kebaikkan apa salahnya tetapi kalau diikutkan Prof. adalah seorang yang banyak menyokong kita jika ada krisis, taktahulah mungkin ini satu cabaran untuk kita menerima berita yang mungkin tidak sepatutnya kita terima...wassalam.

    ReplyDelete
  4. salam,
    ish.. awat jadi macam tu..kenapa berita begini nak di highlightkan..mungkin ini pandangan peribadi Aziz Bari.Kita kena ingat tiada seorang pun manusia ini sempurna.
    Kita sebagai pendokong gerakan jemaah kena pandai menilai.Jangan main hentam sembrono dan mudah melatah..opocot...

    ReplyDelete
  5. Kami setuju dengan pandangan Pak Lah dan dpppb...

    Kita perlu merenung dengan lebih jauh sebelum membuat keputusan. Wala' kepada pemimpin jangan dijadikan alasan untuk mematikan budaya kritikan membina di dalam PAS.

    http://pemudakemehe1.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Indahnya jamaah Islam.Berakhlak dalam mengkritik..

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.