Tuesday, September 15, 2009

Terkini : 5 Tahanan ISA dibebaskan


http://img.nattawat.org/images/pri0jte1f0pr1yonngpk.jpg
15 September 2009
Terkini : 5 Tahanan ISA dibebaskan

Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.

Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka telah insaf.

Mat Sah Mohamad Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Mat Sah (foto), yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.

Pembebasan itu dibuat bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini.

Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002.

Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah.

Ketiga-tiganya, yang dituduh terlibat dalam jaringan JI, ditahan bawah akta itu pada 30 Mei 2007.

Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.

Satu kemenangan kepada 50 000 orang yang turun berdemo baru2 ini...sekarang kerajaan dah mula sedar dan buka mata terhadap kehendak rakyat....kita mahu ISA dimansuhkan sepenuhnya!!!

Sumber Form Perak With Love

3 comments:

  1. "Satu kemenangan kepada 50 000 orang yang turun berdemo baru2 ini...sekarang kerajaan dah mula sedar dan buka mata terhadap kehendak rakyat....kita mahu ISA dimansuhkan sepenuhnya!!!"

    Bila mereka ditahan ko kata kerajaan zalim, bila mereka dibebaskan, ko kata pasal keraajaan dah takut dengan rakyat, dah nk dengar cakap rakyat, dah sedar, dah buka mata ..

    Itulah cari PAS, sorang makan tarik makan, asalkan dapat menunjukkan hebatan diri. Bila kalah melengoh, bila menang tak sedar diri .. baru dapat kerusi, belum lagi nak gubal undang undang .. nak tegak negara Islam ...jauhlah jawabnya bila bersyarikat dengan peliwat dan orang kafir!!!

    Yang perlu ialah war war kekuatan diri dan tonjolkan kelemahan musuh, walapun apa yang berlaku adalah sebaliknya .. bila dah dipilih rakyat barulah mereka tahu..yang ada hanyalah cakap kosong dan kelentong !!!

    ReplyDelete
  2. kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka telah insaf.
    =====================================
    Orang lain insaf lama dah! tapi Umno tak pernah insaf daripada kerja melanun wang dan khazanah negara sampai kesudah.

    ReplyDelete
  3. kah..kah..kah.. simpati umnobn menawan hati pengundi... Kalau camni trik umno eloklah adakan pilihanraya tiap-tiap hari. garenti habis tahanan dilepaskan.

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.