Wednesday, September 16, 2009

Rasul Melayu' tidak puasa semasa ditangkap - Pengarah JAIS Oleh ARIFFUDDIN ISHAK SHAH ALAM: Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu



SHAH ALAM: Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad sedang makan sambil menonton televisyen ketika ditangkap oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor pagi tadi.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika mendedahkan demikian juga berkata, Abdul Kahar cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di sebuah rumah dekat Sungai Long, Kajang.

"Semasa kita nak tangkap, dia tengah makan, tengok televisyen, bila kita nak tahan dia cuba nak lari, tapi kita berjaya kepung... Rasul Melayu pun tak puasa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ayid> Yang baju kuning tu Rasul Melayu. Ditangkap tidak berpuasa, orang melayu pun banyak tak puasa, ayat puasa ditujukan kepada orang-orang yang beriman dan di tutup dengan " mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaq'wa". Rasul siap dengan kaca mata sekali sangkut kat kocek baju. Nasib dia tak pakai baju warna hijau.ka ka ka ka

2 comments:

  1. bodoh punya rasul melayu. dah la bodoh gila pulak tu.kena tangkap tak puasa, ketawa. apa punya lembu la

    ReplyDelete
  2. inilah sesat sesesat manusia ...dah tak betul ker mamat nie..

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.