Sunday, September 6, 2009

ANAK EMAS LAGI - BN KERAP MENGANDUNG EMAS


Foto disalin & tampal dari Perisik Rakyat)

(Yang pergi tetap pergi, semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Namun, bagi yang hidup khususnya di Bagan Pinang, mereka perlu sekali lagi menghadapi pilihan raya untuk memilih wakil rakyat di DUN. Tekanan kini beralih kepada BN kerana beberapa pilihan raya sebelum ini hanya melibatkan kerusi yang diwakili oleh wakil daripada PR. Selepas tewas 7 kali, adakah kali ini BN menemukan kuburnya yang ke-8? Semuanya terletak di tangan pengundi di Bagan Pinang. Pilihlah sama ada mahu menjadi "anak emas" atau "anak rakyat"! Jika mahu menjadi anak emas, tanya-tanyalah penduduk di Permatang Pasir, Bukit Gantang, Manik Urai dan sebagainya, apakah nasib mereka terbela selepas dijanjikan pelbagai pembangunan di kawasan mereka oleh bapa angkat yang bernama BN. Bukankah mereka dijanjikan bermacam-macam biarpun calon BN tewas di kawasan itu? Untuk berlaku adil, risik-risiklah juga apa yang telah diusahakan/dilakukan oleh calon pilihan raya yang mewakili 7 kawasan pilihan raya sebelum ini. Berbaloikah mereka memangkahnya?

Al-fatihah untuk Allayarham Azman Mohd Noor.

ayid>>>>Belbagai helah anak emas anak angkat, "kata wonder pat apa yang penting bekerja sama" itu yang penting untuk Pakatan Raayat. PRK ke 9, Negeri 9 tahun 2009
calun kita bulan. Semua ditutup dengan huruf N( kalau tengok wayang bila perkataan the end apa dah jadi

Duniacacamarba

1 comment:

  1. ini mmbuktikan bn terdesak utk meraih undi rakyat..tiada cara len melainkan sogokan materialistik..satu cara mmperbodohkan rakyat..adakah rakyat len dianaktirikan dgn kenaikan minyak ,tambang pengangkutan awam naik,insuran naik ..BN tak dapat menyakin rakyat maka sogokan sebeginilah caranya utk meraih undi.tp rakyat semakin bijak kini bnda2 nie hnya golongan yg jahil jer akan trmakn .. realitinya sekarang BN diambang kejatuhan ..dah lemas mike dgn kerenah BN nie yg penting kita msti sabar krn perjuangan islam akn mndapat pertolongan allah..

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.