Friday, August 28, 2009

Zambry!!! Mana2 Program2 seperti ini???






Masihkah anda ingat akan program ehya Ramadhan di dataran MBI anjuran kerajaan Pakatan Rakyat tahun lalu?

Program yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaludin bermula pada 15 Ramadhan sehinggalah berakhirnya Ramadhan.

Acara akan dimulakan dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai, solat Maghrib, Isyak dan bertarawih secara berjemaah.

Selepas selesai bersolat tarawih, majlis tazkirah pula menyusul yang disampaikan oleh
penceramah-penceramah yang diundang khas dari seluruh pelusuk negara. Diantara penceramah yang hadir pada tahun lalu ialah Ustaz Nasaruddin Daud, Ustaz Halim Hassan, Ustaz Datuk Mohd Nor Mansor Al-Hafiz, Ustaz Kamal Ashaari, Ustaz Nor Azli Musa, Ustaz Dr Badrul Amin dan beberapa penceramah yang lain.

Program ini berjaya menarik kehadiran ratusan penduduk Ipoh untuk bersolat berjemaah walaupun sekadar di bawah khemah dan berlantaikan papan dan tikar namun setiap malam para hadirin semakin ramai yang datang ke sini untuk berjemaah.

Pihak penganjur juga menyediakan segala kemudahan untuk berwudhuk, tandas, juadah berbuka (moreh), dan sistem siaraya yang begitu baik. Daripada segi keselamatan pula, pasukan Unit Amal Pas Ipoh berjaya memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Rata-rata para jemaah yang datang amat berpuas hati dan menaruh harapan yang tinggi agar program ini dapat diadakan setiap tahun.

Tetapi itu semua kini hanyalah tinggal kenangan. Segala-gala perancangan yang membawa masyarakat negeri Perak mendekati dan menghayati erti sebenar Ramadhan telah lenyap dengan rampasan kuasa yang zalim.

Tahun ini tiada langsung kedengaran program yang seakan ehya Ramadhan dianjurkan kerajaan bn perak di mana-mana pun.

Rakyat tidak disatukan lagi didalam program yang mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini. Tiada lagi usaha untuk mendekatkan rakyat dengan Maha Pencipta.

Adakah anda tidak merasa bersalah kerana telah menghilangkan program ibadah daripada masyarakat Ipoh? Bersediakah anda untuk menjawab dihadapan Allah kenapa program agama dilenyapkan daripada masyarakat?

Saya tinggalkan persoalan itu untuk renungan kita semua.

Wallahu a'lam.



Sumber: From Perak With love


*Foto-foto ehsan Alhusseyn

4 comments:

  1. depa ni pegang tau makan duit je la...
    nak mengimarahkan agama tu jangan harap le...

    ReplyDelete
  2. teringat saat2 bulan ramadhan yg lalu sempat juga aku berterawih 2 kali kat sana ,terasa begitu kagum dgn keadaan sedemikian tyg tak pernah disaksikan sblm ini..tp skg ramadhan seakan malap semalap mbh nya..yg ader si mbh dok berceloteh lps azn mghrib kat radio ..dah dgar azn ttp radio terus..ramadhan di perak kini suram jer

    ReplyDelete
  3. Tahun lepas kami Rakyat Kelantan amat terharu sekali kerana program Ehya Ramadhan yang pada mulanya diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz mula meresap ke Perak.

    Kalau dulu, di Kelantanlah satu-satunya negeri di mana Kerajaannya menyediakan tempat khas untuk bersolat tarawikh secara terbuka, tetapi tahun lepas Perak menurut jejak.

    Tapi malang, selepas BN amik alih (rampas rompak) Kerajaan Negeri Perak, program2 baik seperti itu lenyap terus.

    Benar mungkin dakwaan sesetengah pihak, Umno adalah PENGKHIANAT ISLAM.

    www.pemudakemehe1.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. mereka kate perjuangan mereka juga nak menegakkan Islam..tapi mana bukti penghayatan mereka ye?kalau setakat mulut yang berkata tanpa usaha yang dilakukan untuk memperjuangkan Islam,baik tak payah kan?sama-sama fikirkan..

    setuju dengan anda wahai penulis...:D

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.