Thursday, August 20, 2009

Wang palsu RM100 untuk undi BN

Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.

Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

"Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama "wang" berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi "tolong undi calon BN".

"Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan," katanya.
Ogos 20, 09 6:39pm

Sumber>> malaysiakini

moral>>>>>>>Tak tahu la apa nak kata kat UBN ni lagi. Nak bagi biarlah duit boleh gunapakai. Bagi ambil pangkah belum tentu. Ini bagi duit palsu tentu punya tak pangkah. Ruang untuk kalah dah jelas terang tak payah suluh

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.