Wednesday, August 19, 2009

UMNO KATA DIA PEGUAM SYARIE.ROHAIZAT AKUI DIA AHLI PERNIAGAAN


PERMATANG PAUH, 19 Ogos: Masuk hari kedua berkempen, calon Umno Rohaizat Othman berulang kali menegaskan bahawa beliau akan turun bertemu semua peringkat untuk menjelaskan profesyen kerjanya yang sebenar

Dalam kalangan Umno, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu masih dikenali sebagai pengamal undang-Undang atau peguam. Ia ditegaskan oleh mediapro Umno dengan tajuk hebat, "Peguam syarie lawan ahli perniagaan" untuk membayangkan status calon BN itu.

PAS dan Pakatan Rakyat pula terus mempersoalkan sebab musabab mengapa calon taruhan Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Muhyiddin Yassin itu tidak meletakkan kerjaya 'Peguam' dalam borang penamaan calonnya kelmarin.

Sebaliknya, Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man.

Dikatakan persoalan itu ada kaitannya dengan pengumuman yang dibuat Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan � Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang.

SUMBER HARAKAHDAILY;Dzulfakar Mashoor

Ayid> Pengundi Permatang Pasiq dah faham dia, apa lagi pekebun kecil, kelentong orang luar boleh le. Che Det kata Calon Kantoi

1 comment:

  1. Salam sahabat,

    Sebenaqnya calon BN ni nak tutup bangkai gajah dengan bulu hidung dia.Sebab tu dia tak declare dalam borang calon dia "loyar".

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.