Monday, August 3, 2009

Tahanan akan dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) - Lima orang wanita yang ditahan dalam perhimpunan aman menentang ISA dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta, jam 10 pagi ini.

Mereka yang akan dihadapkan ke Mahkamah antaraya isteri tahanan ISA, Norlaila Othman; Nashita Mohd Noor; AJK DMPP, Athirah Aiman dan dua orang wanita yang lain.

Selepas penangkapan pada 1 Ogos, mereka telah ditahan reman di balai Polis Bukit Jalil. Mereka ditahan kira-kira jam 12.50 tengah hari di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur.

Norlaila yang juga merupakan aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ditahan bersama enam yang lain, termasuk anaknya, Suhaib.

Ditanya apa yang dilakukan beliau bersama rakan-rakannya yang lain ketika ditangkap, Norlaila berkata: ""Kami sedang membeli minuman dan makanan ringan dekat Kompleks Pertama. Kami pun tak pakai baju merah. Memang kami ada bawa poster dan ikat kepala anti-ISA tapi belum sempat dipamerkan.

"Ada beberapa anggota polis wanita minta tengok bahan-bahan yang kami bawa. Kami enggan beri. Tiba-tiba sekumpulan polis, sebahagiannya dari cawangan khas, SB, lebih kurang 20 orang datang mengerumuni kami dan terus masukkan kami dalam trak.

Suaminya, Mat Sah Satray dikurung hampir lapan tahun dan merupakan antara tahanan paling lama di Kamunting./SH _

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.