Friday, August 7, 2009

Penasihat Undang-undang Magaran bukan ahli PAS

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Penasihat Undang-undang Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA - Mohd Khairul Azam Abdul Aziz bukan ahli PAS seperti didakwanya tegas Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali.

Mustafa menjelaskan semakan menunjukkan pemimpin Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) itu bukan ahlinya dan tiada rekod menunjukkan penyokong ISA itu ahli cawangan Sungai Ramal, Kajang.

"Kami (PAS) telah membuat semakan terhadap senarai daftar ahli dan telah merujuk ke cawangan PAS Sungai Ramal tetapi tiada rekod menunjukkan bahawa penasihat undang-undang Magaran (Mohd Khairul) ini ahli PAS.

"Saya sebagai Setiausaha Agung PAS menafikan dakwaan beliau yang mengakui sebagai ahli PAS," tegas Mustafa dalam satu sidang media khas di Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Ditanya sama ada PAS akan menerima keahlian Mohd Khairul jika lelaki tersebut memohon untuk menjadi ahli, Mustafa menegaskan PAS menentang ISA dan sesiapa yang mahu menjadi ahli tidak boleh menyokong akta zalim tersebut.

Irwan Muhammad Zain(Harakah)

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.