Saturday, July 11, 2009

MASJID DI ARAH TUTUP


Masjid Di arah Tutup!!
URUMQI - Pihak berkuasa China semalam mengarahkan beberapa buah masjid di sini tidak melaksanakan solat Jumaat berikutan keganasan di wilayah Xinjiang itu yang kini sudah meragut 156 nyawa.

Tindakan itu dipercayai bagi mengelak perhimpunan besar-besaran penduduk Islam di masjid-masjid yang dikhuatiri bakal membangkitkan emosi penduduk etnik Uighur yang beragama Islam.

"Masjid-masjid diarah tutup untuk memastikan keselamatan semua pihak.

"Penduduk perlu berada di rumah dan bersolat," kata seorang pegawai masjid Yang Hang di sini.

Di luar masjid, orang ramai berhenti untuk membaca notis pembatalan solat Jumaat.

"Kenapakah masjid ditutup kerana semua yang mengunjunginya ialah orang Islam. Ia akan selamat. Kami tidak ada kuasa," kata seorang wanita.

Di satu kawasan berhampiran, seorang wanita daripada etnik Han mengganggu wartawan asing yang sedang bercakap dengan dua wanita minoriti Islam Uighur.

"Masjid perlu ditutup. Lihat sahaja kemusnahan yang dilakukan. Ini adalah langkah patriotik untuk kebaikan semua pihak," kata wanita etnik Han itu.

Di Masjid Liudaowan, seorang imam, Memeti Imam Damala berkata, masjid itu menerima notis pembatalan solat Jumaat kelmarin.

Keganasan di Urumqi bermula pada Ahad lalu setelah penduduk etnik minoriti Uighur bertempur dengan pihak polis dalam satu demonstrasi aman kerana membantah kematian rakan-rakan mereka dalam satu pergaduhan.

Keganasan itu kemudian menular dan menyebabkan etnik Uighur bertempur dengan etnik Han di jalanan. - AP Bai

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.