Friday, July 31, 2009

Haram Berdemontrasi...Fatwa Terkini Ulamak Umno



KUALA LUMPUR: Islam mengharamkan umatnya menganjur atau menyertai aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan negara seperti perhimpunan haram bagi mendesak kerajaan menghapuskan dan mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu ini.

Pelbagai pihak termasuk menteri berkaitan, mufti dan ulama menyifatkan berdosa bagi mereka yang terbabit secara langsung dalam perhimpunan itu kerana jelas bertentangan dengan Islam kerana boleh mencetuskan ketegangan dan huru-hara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mashitah Ibrahim, berkata Islam tidak menggalakkan mana-mana umatnya untuk menyertai dan menganjurkan majlis yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.

Sementara itu, Mufti Perak, Harussani Zakaria, berkata jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa. - Ngangkubai

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.