Thursday, June 25, 2009

PERINGATAN

Peringatan
Posted by saidi on Friday, June 19, 2009
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Barangsiapa mencari keredhaan Allah dengan kemarahan manusia, maka Allah akan mencukupkan baginya urusannya ( rezkinya ). Tetapi barangsiapa mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah , maka Allah akan serahkan urusannya kepada manusia."

Oleh sebab itu, kita sebagai hamba Allah tidak boleh menaruh harapan kepada manusia kerana manusia tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah orang lain. Hanya Allah sahaja yang akan menyelesaikan masalah kita. Sekiranya kita menghadapi masalah , kita hendaklah memohon pertolongan dan petunjuk daripada Allah dengan berdoa, berzikir, membaca al-Quran, sembahyang hajat dan lain-lain lagi. Selalulah kita mengamalkan membaca ayat seribu dinar sekiranya kita menghadapi masalah, semoga Allah akan menyelesaikan masalah dan memberi jalan keluar bagi setiap masalah yang kita hadapi. Mintalah pertolongan daripada Yang Maha Berkuasa. Rezki, ajal, jodoh dan tanah perkuburan telah Allah tetapkan bagi seseorang itu semenjak di Lauhul Mahfuz lagi.

By saidi muhd

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.