Saturday, June 20, 2009

CONTOHILAH DIA

Manusia yang paling penyabar adalah DIA.

Manusia yang paling berlembut dengan isterinya adalah DIA.

Manusia yang sentiasa memaafi kesalahan orang lain hatta pada musuhnya sekalipun adalah DIA.

Manusia yang paling menjaga khdamnya atau pembantunya adalah DIA.

Manusia paling pemurah dan dermawan adalah DIA.

Manusia yang paling mengambil berat hal isterinya, hal negaranya, hal rakyatnya hatta hal musuhnya adalah DIA.

Manusia yang paling banyak melaksanakan puasa sunat, solat sunat rawatib dan Qiamullail adalah DIA.

Manusia yang paling taat menunaikan segala perintah Allah adalah DIA.

Manusia yang paling manah adalah DIA.

Manusia yang paling banyak menerima ujian dan rintangan semasa menjalani dakwah dan pemerintahan negara adalah DIA.

Manusia yang paling adil sesama manusia dan rakyatnya adalah DIA.

Manusia yang paling sempurna dicontohi adalah DIA.

Sesempurna manusia adalah DIA. DIA adalah Imam ikutan kepada umat Islam sedunia.

DIA adalah Nabi Muhammad SAW.



Posted by al-brangi Labels: Dakwah

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.