Thursday, June 12, 2014

Haji Hadi makin pulih, keluar wad sehari dua lagi

Haji Hadi makin pulih, keluar wad sehari dua lagi
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sedang menjalani rawatan di Istanbul dijangka akan dibenarkan keluar daripada wad dalam masa sehari dua ini.

Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata doktor pakar yang merawat Abdul Hadi memberitahu keadaan beliau sudah bertambah baik.

"Alhamdulillah kami menerima perkhabaran yang menggembirakan hari ini (Jumaat) oleh doktor pakar yang merawat Tuan Guru bahawa dengan keadaan kesihatan beliau yang terkini setelah pemeriksaan dijalankan pagi ini, Tuan Guru kemungkinan besar akan boleh keluar dari wad dalam sehari dua ini.

"Dalam masa yang sama, Tuan Guru juga perlu menjaga pengambilan makanan dan minuman serta berehat sepenuhnya dalam tempoh yang akan dinilai dari semasa ke semasa," maklum Ahmad Samsuri melalui laman Facebook Presiden PAS itu.

Abdul Hadi dimasukkan ke wad ICU hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul minggu lepas setelah mengadu sesak nafas. Beliau kemudian dipindahkan ke wad biasa pada Selasa selepas keadaannya beransur pulih.

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak