Friday, June 7, 2013

MALANG SUNGGUH KEDAH. SEMALAM KATA KAMPUS INSANIAH MEMBAZAIR HARI INI DAH NAK KENA SWASTA

Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.
“Rundingan masih berjalan. Penjualan ini didakwa ada kaitan dengan beban kewangan negeri berhubung pinjaman RM330 juta dengan Bank Islam bagi menampung kos pembinaan kampus induk Insaniah di Kuala Ketil,” katanya


Wartawan Sinar Harian
7 Jun 2013
Insaniah Kuala Ketil.
Insaniah Kuala Ketil.
ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Sumber-sumber memberitahu Sinar Harian, kerajaan negeri sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).

Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.

“Rundingan masih berjalan. Penjualan ini didakwa ada kaitan dengan beban kewangan negeri berhubung pinjaman RM330 juta dengan Bank Islam bagi menampung kos pembinaan kampus induk Insaniah di Kuala Ketil,” katanya.

Menurutnya, anak syarikat Insaniah Holdings iaitu Insan Maya (Multimedia), Insan Fasih (Bahasa), Insan System (ICT), Insan Medic (Perubatan), Insan Hospitaliti (Perhotelan) dan Insan Bestari (Sekolah Antarabangsa) mungkin berkubur apabila ada cadangan tutup operasinya.     

“Apa nasib kakitangan bawah Insaniah Holdings jika ditutup. Mustahil untuk serap semua pekerja kepada Insaniah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan program pengajian yang kini mencecah 40 program mungkin kembali seperti asal iaitu tujuh program.

“Ini juga akan menjejaskan pensyarah dan kakitangan bawahan program berkenaan. Ke mana mereka akan diserapkan?. Jika diberhentikan kerja pula membabitkan banyak pampasan,” katanya.

Menurutnya, sebahagian tenaga pengajar sudah mula mencari pekerjaan lain termasuk berhijrah ke IPT lain.

“Paling membimbangkan nasib pelajar. Jika benar diswastakan, pelajar menjadi mangsa keadaan apabila yuran akan meningkat dan mungkin perlu mengulang semula pengajian di IPT baru,” katanya.

Sumber turut mendakwa, gaji kakitangan peringkat atasan tertunggak selama dua bulan manakala gaji bagi kakitangan peringkat bawahan mengalami tunggakan sebulan.

Menurutnya, jika benar Insaniah diswastakan, ia suatu kerugian kerana segala kemudahan sudah siap malah operasi Insaniah di Kuala Ketil dalam tahun pertama berjalan lancar.

“Saya percaya Insaniah tidak akan membebankan kewangan kerajaan negeri kerana memiliki ramai pelajar antarabangsa. Malah universiti ini kini menjadi pilihan utama pelajar antarabangsa dan jumlahnya semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata, suasana pembelajaran di Insaniah juga kondusif, dilengkapi tasik buatan manusia yang berpotensi dijadikan venue sukan air, selain memiliki dewan terbesar di utara tanah air yang mampu memuatkan 5,500 orang selain panggung eksperimen dengan kapasiti 1,500 orang.    

“Kita boleh jana pendapatan sampingan melalui kemudahan tasik dan dewan berkenaan bagi menampung perbelanjaan termasuk jana kewangan negeri melalui penganjuran acara atau disewakan kepada penganjur,” katanya.

Pada 18 Mei lalu, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan kerajaan negeri akan menentukan hala tuju baru Insaniah selepas meneliti situasi terkini selain mendapatkan maklumat daripada pengurusan universiti.

Menurutnya, pembinaan kampus induk RM330 juta itu langsung tidak menjana pendapatan sebaliknya kerajaan negeri seterpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun selama 13 tahun.

 http://www.sinarharian.com.my/insaniah-bakal-diswastakan-1.168241

Thursday, June 6, 2013

Mukhriz Mengkritik Pembinaan Kampus Kolej Universiti Insaniah, Disifatkan Membazir

mukrif malu nk iktiraf kejayaan kerajaan PR bole wat dlm masa singkat PR memerintah....tanpa bantuan kerajaan pusat. JASA PR pada Kedah selagi bangunan ini wujud

 
Bina kampus universiti umpama 'curah air atas daun keladi'?
Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan projek pendidikan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah sebelum ini sebagai 'mencurah air ke daun keladi' sahaja.

Menurut Bernama, Mukhriz mengkritik pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil bernilai RM330 juta yang disifatkannya membazir.

Ini kerana ia langsung tidak menjana pendapatan untuk kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri sangat-sangat berhemah untuk uruskan kewangan negeri. Kita tak ada sumber pendapatan yang besar tetapi kita ada cita-cita tinggi untuk bangunkan negeri.

"Kesemua perbelanjaan, setiap ringgit yang dikeluarkan mesti jana hasil. Bukan seperti 'curah air atas daun keladi' sahaja.

Ia akan mendatangkan hasil yang tinggi kepada rakyat sekali gus menyumbang ke arah penjanaan pendapatan negeri.

Mukhriz memberi contoh pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil (gambar) bernilai RM330 juta yang langsung tidak menjana pendapatan kepada kerajaan negeri di mana mereka terpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun, lapor Bernama.

MB Kedah sebelum ini, Datuk Seri Tan Sri Azizan Razak meninggalkan legasi tersendiri untuk Kedah walaupun sempat mentadbir Kedah untuk satu penggal sahaja.

Beliau sempat membina kampus baru untuk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta.

Kampus baru ini menjadi pusat pendidikan penting di Kedah kerana ia bukan sahaja menjadi kampus tumpuan untuk pendidikan agama tetapi juga perubatan.~ hd

Tuesday, June 4, 2013

Ayo ayo apa macam: Penjawat Awam Yang Masih Berpolitik Akan Dikenakan Tindakan - Ali Hamsa


 siapa yg kuat berpolitik......semua pegawai umnoooo....dari semua jabatan........yg paling kuat berpolitik......menekan pekerja bawahan, mengugut untuk ditukar dll kpd kakitangan yg tidak sehaluan parti ...... kenyataan tersebut mempunyai unsur politik








Monday, June 3, 2013

PAS SELANGOR TETAP TUNTUT JAWATAN KHAS MB?

Kenapa Isu Selangor masih timbul masalah lagi. Aku tulis ini bukan berpehak kepada kepatian, Bagi aku sesuatu jawatan khas ia tidak sewajarnya hanya diwakili oleh pemimpin daripada satu parti sahaja. Apakah bab Tahaluf Syiasi antara PR cuma terikat pada PRU sahaja?


follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak